Terima kasih kerana respon dan email yang banyak dihantar kepada saya mengenai krisis ibu mertua. Sesungguhnya tiada apa di dunia yang ‘perfect’. Kita hanyalah manusia lemah yang hina, pasti menimbun kesalahan dan kesilapan.

Ibu mertua sukar untuk kita pilih. Kerana adanya ibu mertua setelah adanya suami kita. Ada ibu mertua yang pendiam, ada yang garang, ada yang murah hati, ada suka mengawal, dan ada macam-macam lagi jenis perangai yang ada pada ibu mertua.

Kerana mereka juga manusia biasa seperti kita. Kita perlu terima siapa dia seadanya. Apa yang penting kita sebagai orang yang lebih muda, sentiasa merendah diri, mengalah, mengelakkan konflik, berdiam dan bersabar. Memang sukar tapi itulah yang sebaiknya. Hormati mereka, sayangi mereka. Kita tidak akan rugi.

Saya berpegang begitu. Lagipun berapa sahaja lagi usia kita akan berada di dunia yang sementara ini. Kita mungkin akan mengadap Allah sesaat lagi. Semoga Allah ampunkan dosa saya yang menimbun-menimbun itu.

Elakkan konflik sejauh mungkin. Caranya? Anda tahu bagaimana.

Ummu Abdan

Putrajaya