Aku dicipta daripada tiada apa-apa kepada ada

Aku tidak mampu melakukan apa-apa melainkan dengan kuasa Nya

Malah untuk menggerakkan jari dan menutup kelopak mata tiadalah aku mampu melainkan dengan kuasa Allah

Setiap sel dalam diriku dikawal oleh kuasaMu

Setiap molekul udara diberi olehMu

Setiap atom nikmat berpunca daripadaMu

Maka siapalah aku ini

Aku adalah hamba yang hina lagi berdosa

Aku terlampau malu dengan nikmat yang Kau beri

Ya Allah, dengan titisan air mata ini, kurniakanlah se electron ilmu ini untuk bekalan hambaMu di akhirat yang pasti nyata.

P/s- kami sekeluarga akan merantau lagi untuk menghirup setitis ilmu Allah di luar sana, sedikit masa lagi. Itu semua kuasa Allah.

Dr Nur Izah