Dalam kesibukan saya menyiapkan diri dan keluarga untuk ke medan peperangan ilmu, saya telah terbaca satu artikel berkenaan dengan seorang gadis Melayu Islam yang dikatakan telah tersasar. Gadis ini dulu pernah mengejutkan negara dengan pencapaian sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Saya tidak mengetahui secara primer berkenaan kesahihan cerita ini. Saya tidak pernah bersua muka dengan beliau. Beliau diceritakan dan digambarkan sebagai seorang yang telah membuka aurat, berpelukan dengan bukan mahram dan sebagainya.
Sebelum berita mengenai gadis itu, ada satu berita yang mengejutkan. Seorang lelaki Melayu Islam yang pernah belajar dalam jurusan perubatan di luar negara telah diberitakan berkahwin dengan lelaki sejenis. Tapi masih saya tidak mendengar berita ini secara primer.
Terdahulu, kita dikejutkan dengan seorang gadis kacukan Melayu Islam yang juga telah bermastautin di luar negara, yang dahulunya seorang gadis yang genius dalam bidang Matematik dan telah berjaya memasuki universiti ternama dunia pada usia muda, terbabit dalam kancah pelacuran. Maklumat itu ada disiarkan dengan meluas di dalam internet malah di siaran televisyen merata dunia.
Ketiga-tiga mereka ini merupakan pelajar yang bijak dari segi akademik. Mereka orang Islam. Namun berita yang dibaca mengenai mereka mengundahkan.
Sekiranya ada di antara mereka yang terbaca laman blog yang kecil ini, saya berdoa semoga Allah membuka hati kalian untuk kembali ke jalan yang lurus. Rahmat Allah itu luasnya melebihi infiniti. Nasihat ini untuk saya juga, semoga kita termasuk dalam hamba yang konsisten bertaubat. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Siapalah saya atau mereka di luar sana untuk menjatuhkan hukuman. Mana tahu mereka yang pernah berdosa ini terlebih dahulu mendapat rahmat dan pengampunan Allah. Sebelum ajal itu tiba, tiada apa yang terlambat untuk kita bertaubat.
Hamba yang hina lagi berdosa,
Ummu Abdan
slm..kak izah..sihat ke
akak gi uk pun nk g sana bln 6 nnt,kami nk survey uni utk further study..nnt kite jumpe la ye..dr jordan ke uk murahh…miss u
Salam,
Adakah ini Muthiah Sabihah? Alhamdulillah sihat, jemput ke utara do Glasgow nanti…sekarang buat apa?
A ah…ye la sapa lagi..akak dh ada kat sana?akak tau tak bhgn syariah utk buat master kat sana?klu ust zaharuddin dulu kt ni. of wales..akak kt u mana ye?klu bleh nk mntk tlg akak cari info psl master usul fiqh?hubby nk smbg kt sana la..nnt kami dtg bln 6 ni..
saya masih lg kat jordan.fully housewife..insyaALLAH smbg master kt uk gak nnt,kat sini tak best..lgpun arabic dh lama tinggal..
salam izah,
Alhamdulillah, mus’ab makin sihat daripada penyakit batuk yang kronik mgu lepas..hmm, nak tanya izah ada tak mana2 supplement yang baik untuk toodler physically and spirtually..?minyak ikan dah cuba, jus kismis pun dah bagi huhu..
salam berjuang ke UK nanti…hafizah doakan izah bakal menjadi doktor pakar muslimah yang bakal memanfaatkan kepakarannya buat umat Islam khasnya nanti…
Salam Hafizah yang dirindui,
Segala puji bagi Allah yang telah mematikan bakteria di kawasan Upper Respiratory Tract Mus’ab. Semoga Mus’ab dan abangnya Muhammad membesar dengan sihat dan kuat malah menjadi anak yang takut dengan Allah.
Berkenaan dengan supplement, yang paling penting ialah pemakanan. Sumber vitamin yang baik mudah didapati pada buah-buahan segar dan sayur yang segar. Kekacang seperti badam, kacang gajus dan pistachio merupakan sumber protein yang amat baik boleh diberi dengan bentuk yang lebih halus untuk mengelakkan choking.
Tiada vitamin jenama sekian-sekian yang lebih baik, yang penting konsistensi pemberian vitamin sekiranya perlu (perlu jika anak menolak makan sayur dan buah secara total)
Tentang spiritually anak, saya tidak jumpa lagi sebarang supplemet yang ada medical evidence based boleh memperbaiki spiritually anak, anak saya masih kecil, saya jauh dari layak untuk memberi nasihat, cuma mungkin boleh saya katakan, jika nak anak kita soleh, kita wajib jadi soleh dulu. Mungkin Hafizah boleh bagi tips-tips yang lain untuk anak-anak kita.
Doa untuk Muhammad dan Mus’ab,
u’izukuma bi kalimatillahittammah, min kulli syaitanin hammah, wa min kulli ‘ainin lammah.
Salam Izzah,
Terima kasih atas kongsian ilmu…insyaAllah, sedang berusaha untuk terus memberi contoh yang terbaik buat anak-anak…demi menjana anak-anak yang soleh dan solehah insyaAllah.
Izzah dah mula cuti untuk persediaan ke UK ke? Jika izzah dan suami kelapangan, suami fiza berhajat nak ziarah fawwaz sekeluarga sebelum terbang ke UK..kawan lama katanya…hehehe
Salam Fizah,
Maaf lambat reply. Fizah dan keluarga dijemput ke rumah pada 27/1/2012, ada makan-makan sikit di Taman Keramat.
Assalammualaikum Dr. Izah,
How r u??? At last I jumpe you jugak. i tried facebook and i found your blog. alhamdulillah you are coming to Glasgow soon. Bila sampai? I doakan semuanya berjalan lancar with all the last minute running around, yes, i understand I went through that too hehe. Best wishes to you and your family. Don’t worry too much with all your checklists. Semuanya akan OK insyaallah. Tahniah! Take care…
Camellia.
Salam Camelia,
Alhamdulillah dapat juga kita bertemu, doakan semua urusan dipermudahkan….take care…