Salam semua,

Lusa kami akan bertolak meninggalkan tanah air tercinta. Pergi meninggalkan keluarga tercinta. Sayu rasa hati makin menebal. Lebih tebal dari salji di Scotland agaknya.

Kali ini saya nak berkongsi tentang medical check up pegawai atau pelajar dan keluarga. Medical check up ini sangat penting untuk dua perkara. Pertamanya untuk dihantar ke KPT. Yang keduanya, untuk urusan imigresen di Heathrow sejurus sampai.

Medical check up yang perlu dihantar ke KPT hanya melibatkan satu set borang bagi pegawai sahaja. Borang medical check up akan diemail kepada pegawai yang menerima tawaran hadiah latihan atau biasiswa. Borang ini biasanya terdapat dalam dwibahasa. Antara test yang diperlukan ialah CXR (chest x-ray), urine FEME, ujian darah hepatitis B dan pemeriksaan perubatan fizikal rutin yang lain. Adalah dinasihat untuk membuat 2 salinan original medical check up untuk pegawai supaya satu set boleh dihantar ke KPT dan satu lagi untuk kegunaan di UK kelak.

Bagi medical check up pasangan, saya menggunakan borang KPT juga kerana borang tersebut dwibahasa. Borang ini untuk ditunjukkan ketika sampai di Heathrow kelak. Bagi kes saya, saya memilih jalan wasathiyyah🙂 Suami saya menjalani ujian chest X Ray, saya kaw tim dengan member medical doctor untuk signature borang. Nanti takut bias pula saya check suami sendiri. Filem X-ray perlu dibawa bersama dalam hand luggage (setelah saya buat simple research ke beberapa blog, kebanyakan kata perlu bawa filem CXR).

Bagi anak-anak, saya hanya mengisi borang tanpa CXR, urine dan darah. Sekali lagi ambil jalan wasathiyyah untuk medical check mereka. Borang medical check up yang digunakan dari KPT kerana dwibahasa. Borang ini penting ketika di Heathrow nanti.

Ok, sambung kemudian, Baba dah panggil solat Maghrib.

Ummu Abdan
Rumah Ayah.