image

image

image

Sistem pengangkutan awam di sini sangat efisyen. Bayangkan ramai orang yang lanjut usia masih menggunakan bas untuk ke sana sini. Penduduk di sini sangat menghormati golongan warga emas, ibu yang mendukung bayi kecil, orang kelainan upaya dan lain-lain. Anak muda remaja yang cergas walaupun nampak ganas bertatu dan bertindik merata tempat masih menghormati golongan yang disebutkan tadi dengan memberi ruang tempat duduk di dalam bas.

Pagi semalam, saya ditemani Dr Rosazra Dan Dr Che Anuar ke GU dengan pengangkutan awam yang menepati masa ini. Kami menaiki bas nombor 44 yang akan menghala ke Glasgow University (GU) dalam cuaca sejuk yang menggigit sehingga ke osteocyte. Saya jangka adipose tissue yang tebal mampu menahan saya dari kesejukan, namun tidak. Di sini, tambang bas dari rumah Kak Erin ke GU ialah GBP1.80 sehala. Jika beli tiket dua hala, lebih jimat, boleh simpan 60 pence dalam tabung. Jangan convert, nanti termenung panjang memikirkan betapa mahalnya tambang.

Secara umum, GU sangat cantik, kombinasi bangunan baru dan lama. Seakan saya terbang di dunia Harry Porter ketika memandang bangunan universiti yang berusia ratusan tahun.

Perjumpaan dengan supervisor sangat melegakan jiwa. Prof Davies yang jauh lebih muda dari suaranya terkejut saya dapat berjumpa seperti tarikh dalam surat tawaran. Katanya kebanyakan pelajarnya akan terlewat akibat masalah visa. Syukur pada Allah yang memberi nikmat kelancaran pengembaraan ilmu ini. Prof siap berpesan supaya saya sempat berjalan-jalan sekitar Eropah. Jangan terlalu tertekan dengan research katanya. Dr Scott juga mesra, malah siap membukakan setiap daun pintu yang kami tempuh hingga mengiring saya keluar dari bangunan kaca yang elegan di situ. Itu pengalaman pertama saya dengan guru rasmi berbangsa Scottish dan Inggeris. Semoga Allah memberikan keberkatan dalam projek penyelidikan kami.

p/s- Semoga Allah membalas jasa baik Kak Erin, bro Rasif, bro Roslan sekeluarga, Kak Mazu, bro Faizal, Dr Rosazra, Dr Che Anuar dan semua warga Melayu Glasgow. Jutaan terima kasih.