image

image

image

Di dalam bangunan BHF GCRC (British Heart Foundation Glasgow Cardiovascular Research Centre), ruang solat yang khas adalah sangat asing malah tidak wujud pun. Di atas inisiatif beberapa Muslims di dalam bangunan ini, maka terdapat satu ruang di kawasan belakang bangunan Biomedical Science (bangunan bersebelahan GCRC) telah dioptimumkan menjadi ruang solat. Tempat solat muslimin di antara lif dan pintu kecemasan. Apabila diamati,terdapat sehelai karpet besar yang bergulung disandarkan di tepi dinding beserta sejadah, untuk digunakan ketika solat berjemaah. Untuk muslimat pula di bawah tangga. Jika saya setinggi Sultan Kosen, nescaya kepala saya akan terhantuk menghentam anak tangga yang tepat di atas kepala saya.

Betapa bersyukurnya saya kerana di Malaysia kita punya ruang solat yang khusus dan selesa. Tapi, adakah kita menggunakan peluang itu untuk solat 5 waktu sehari? Perit tika berada di bumi kafir ini untuk mencari ruang solat. Apatah lagi tempat untuk mengambil wudhu’! Tandas mereka tiada paip air, oh saya perlukan masa untuk ketidakbiasaan ini.

Hari ini saya bersolat di bawah tangga….

Ummu Abdan
GU