Tajuk yang pelik. Tapi itulah yang berlaku. Saya bertemu Dr Samantha dari Mexico. Dia suka orang Malaysia. Syukur saya panjatkan, saya bertemu orang-orang yang berbudi pekerti. Dia gemar satay dan nasi lemak. Sekarang dia dalam proses menyiapkan post doc. Orangnya ramah dan mesra.

Samantha suka berbual panjang tentang macam-macam perkara. Hari ini kami akan menjenguk sel peliharaannya di makmal. Samantha takut sel-selnya lapar.

Samantha kata kemungkinan besar sel-sel peliharaannya sudah membesar. Tempat tinggal mereka barangkali sudah sempit, tidak mampu untuk menampung saiz badan sel yang gemuk-gemuk itu. Sel-sel itu dapat nutrisi sempurna hingga mungkin menyebabkab obesiti di kalangan mereka.

Begitu juga kehidupan manusia. Kita perlu pada makanan untuk survival kehidupan. Saya tersentuh apabila terbaca akhbar Metro hari ini, yang saya dapat percuma setiap kali saya menaiki bas ke Glasgow University. Tajuk akhbar yang memilukan hati saya “Mothers are on the brink, cost of living is ‘forcing 1 in 5 to skip meals to feed their children’ ”

Saya bimbang kenaikan harga makanan. Saya takut mungkin ada keluarga yang tidak mampu makan. Ini kisah benar. Sudah tersiar dalam akhbar.

Terima kasih kepada Clare yang baik hati yang memberi saya protokol cell culture…Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

p/s:  Abdul Bari semakin melupakan susu tepungnya, dia bertukar sedikit demi sedikit ke susu segar. Syukur pada Allah.

Mama Abdan

GCRC building

Glasgow University