image

Bangunan ini merupakan masjid. Masjid yang diubahsuai fungsinya daripada sebuah gereja. Diberi nama Madrasah Al-Farooq yang terletak di Dixon Avenue, Crosshill, Glasgow. Kuasa Allah, baba bertemu dengan graduan Universiti Islam Madinah, Imam Suhaib, beliu merupakan imam di masjid ini. Dunia ini sungguh kecil.

Bangunan masjid ini besar, namun hanya sebahagian kecil sahaja ruang untuk solat dioptimumkan. Imam Suhaib menawarkan baba untuk menjadi tenaga pengajar di masjid ini. Semoga Allah meluaskan lagi setitis ilmu yang  baba teguk di Madinah dahulu untuk disebarluaskan kepada penduduk di sini.Bertambah lapang baba apabila Imam Suhaib turut menawarkan baba untuk menggunakan perpustakaan miliknya untuk rujukan baba kelak.

Mama belum berpeluang masuk ke dalam masjid ini lagi. Baba kata ruang solat untuk wanita berada di tingkat atas sangat gelap, tiada jemaah wanita menggunakannya. Bukankah sebaik-baik tempat untuk wanita bersolat di dalam bilik tidurnya?

Mama Abdan

Victoria Street, Govanhill