Saya kagum melihat orang menulis. Hinggakan mereka mampu menulis banyak buku dalam jangkawaktu yang singkat. Wanita di peringkat  antarabangsa giat menulis. Mereka boleh menulis satu buku yang tebal walaupun isi kandungannya tentang satu subjek yang kecil dan sempit.

Saya ada terbaca tulisan seorang wanita Afghan, beliau menulis tentang perit pedihnya seorang wanita untuk berjuang mendapatkan pendidikan di negaranya. Saya tidak tahu adakah benar tulisannya, cuma beliau telah menulis. Beliau mampu menceritakan kisahnya pada dunia melalui tulisannya. Rupanya beliau telah menulis banyak buku. Saya perlu membaca tulisannya lagi.

Cuma teramat sayang jika si penulis itu, jika beragama Islam tidak mengikuti syariat Islam yang sebenarnya. Amatlah sayang jika menulis tetapi tulisan itu menghentam agama atau memberi gambaran yang salah tentang agama. Tetapi apa yang saya perhatikan, mereka menulis dan terus menulis.

Umur saya melebihi suku abad, namun saya tak pernah menulis sebuah buku pun. Ia sangat menyedihkan. Saya perlu terus menulis dan menulis supaya saya tidak menyesal di hari tua nanti. Saya perlu menulis supaya dunia boleh memperoleh manfaat tatkala membacanya.

Kuasa menulis.

Ummu Abdan

Victoria Road.