Semalam saya bertemu supervisor, Prof Eleanor. Kami membincangkan topik yang bakal kami buat untuk projek terdekat. Ada satu perkara yang sangat baru saya akan kaji. Prof memberitahu saya, ia adalah topik yang sangat-sangat baru dan saya boleh membina sebuah tesis PhD untuk topik itu. Ia lebih kecil dari sel, lebih kecil dari nukleus, lebih kecil dari DNA dan lebih kecil dari RNA. Betapa kecilnya subjek PhD saya namun boleh dibuat PhD.

Selesai perbincangan yang singkat namun bermakna itu pada hari tersebut. Hati saya berbunga gembira. Wah, saya dapat melaksanakan projek yang sangat baru di dunia. Penyelidikan ini antara yang terbaru di dunia. Saya bersyukur dan rasa bertuah.

Saya lantas menekan butang komputer untuk bertanya kepada Sheikh Google tentang topik yang sangat baru ini. Memang ternyata, terlalu sedikit penyelidikan tentangnya. Memang benar, Prof Eleanor dan pasukannya antara mereka yang menjadi ‘trailblazer’ untuk benda kecil itu.

Tiba-tiba, saya terjumpa dengan sebuah video yang menayangkan seorang lelaki Yahudi membuat pembentangan berkaitan topik kecil saya. Dia merupakan ketua projek berkenaan dari Fakulti Perubatan, Tel Aviv University, di Israel. Saya kemudian dengan bersungguh-sungguh mendengar syarahannya yang sangat menarik hati. Saya sangat terperanjat, dia dan pasukan telah siap-siap membuat perisian untuk mengkaji topik kecil saya yang dikatakan baru itu!!!!! Bukan satu perisian, malah lebih dari 3!!!!

Ahhh, saya hampir mahu pengsan. Dengan mata yang lemah, saya menulis, saya mengakui mereka (Yahudi) sangat jauh ke hadapan. Teknologi mereka sangat moden dan mungkin kehidupan penyelidikan mereka adalah 30 tahun di hadapan, walau kita berada di negara maju pun!!!

Saya fikir, jika dihantar ke Israel untuk kursus berkaitan topik baru ini bagaimana? Ah, penat sel neuron saya memikirkannya. Semestinya mustahil. Fikiran saya lantas melayang mengenangkan saudara saya di bumi Palestine yang disiksa.

Saya berdoa semoga Allah menjadikan Abdul Bari dan Abdul ‘Alim dan adik-adik mereka dan semua anak-anak Islam di luar sana untuk mengatasi penguasaan ilmu mereka di dunia ini. Kita perlu ilmu. Kita penganut agama terhebat. Kita mesti jadi hebat.

p/s: saya terjumpa juga satu laman web yang dibina pelajar di sana yang menggunakan FACEBOOK sebagai database mereka membuat kajian. Meraka sangat cekap dan pintar.  Saya merasakan kita ini hanya bahan kajian mereka!!! Apa yang ada dalam DNA mereka?

Ummu Abdan

GCRC building