Kereta merupakan satu keperluan yang amat. Namun ia bukan aset yang baik untuk jangkamasa yang panjang. Nilainya akan menurun seperti turunnya air dari permukaan daun keladi. Namun kita suka mengurangkan nilai aset kita dengan membeli kereta. Itu belum lagi termasuk mengindahkan kereta dengan ‘spare part’ itu dan ini.

Di UK secara amnya, harga kereta adalah mampu milik. Selain sistem pengangkutan awam yang praktikal dan efisyen, rakyat diberikan ruang nafas selesa untuk memiliki sebuah kereta.

Mengapa saya berkata begitu? Di tanahair, tanah tumpah darah saya, Malaysia, saya berani menyatakan hampir separuh, atau paling kurang 1/3 peruntukan gaji digunakan untuk membayar ansuran kereta. Saya merujuk kepada tangga gaji bagi pekerja muda lulusan sarjana muda yang baru memulakan kehidupan. Sungguh malang jika sebahagian besar gaji diperuntukkan untuk itu. Tapi ia fenomena yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu perlu bagi pihak berwajib membuat transformasi drastik untuk meringankan bebanan kewangan generasi muda. Ringankan harga kereta yang begitu tinggi. Majoriti golongan pewaris negara kini dibelenggu dengan segenap jenis hutang. Ia sangat menyedihkan, bukan semua kita keturunan kaya melata. Kami benci berhutang.

Di sini, saya baru membeli sebuah kereta buatan Jepun. Harga lebih kurang RM8400. Ia masih kukuh dan saya kira ia menawan. Ia harga kereta yang meringankan beban!!!

p/s: Bantulah segenap lapisan rakyat hidup dengan kurang bebanan hutang..

Mama Abdan