Pengalaman saya sedikit, sepanjang hidup lebih suku abad, hanya 2 bangunan parlimen pernah saya saksikan dengan mata sendiri. Pertamanya, bangunan parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur. Bangunan yang cantik di atas bukit, dahulu terdapat beberapa ekor rusa mendiami taman di luar bangunan parlimen, sekarang saya tidak pasti tentang perkembangan rusa-rusa itu.

Bangunan yang kedua ialan bangunan parlimen di Westminster, nadi utama kotaraya London. Bangunan yang megah berdiri yang dibina ratusan tahun dahulu. Ukiran yang dipahat mempersonakan mata memandang ditambah lagi dengan taman yang cantik di luar bangunan tersebut.

Apa yang menarik tentang bangunan dan persekitaran ini ialah, bukan big ben atau arca patung tokoh-tokoh tertentu tetapi dua buah khemah buruk dan lusuh yang dibina betul-betul berhadapan dengan laluan masuk ke bangunan parlimen. Terdapat beberapa penunjuk perasaan aman yang menginap di khemah ’10 bintang’ itu sambil membuka meja dan menggantungkan beberapa sepanduk. Sepanduk yang bekaitan dengan negara Palestine, minyak dunia dan lain-lain.

Mereka tidak diganggu atau dihalau oleh polis yang betul-betul berada di seberang jalan, kawasan parlimen. Ia merupakan pemandangan yang menarik bagi saya, melebihi tarikan big ben yang terkenal itu!!!

Kisah terkini mengenai bangunan parlimen juga. Bangunan parlimen di negara Greek. Teringat pada kenalan di makmal. Dia merupakan bangsa Greek dari negara Greece. Dia bimbang tiada peluang kerja di negaranya. Antara yang difikirkan boleh ialah bekerja sebagai cleaner di makmal. Oh, seorang graduan PhD bekerja sebagai tukang cuci. Itu tidak asing, kerana peluang kerja itu sangat terhad lebih-lebih lagi di negaranya.

Berbalik kepada bangunan parlimen di Athens, berita tempohari di BBC News, seorang warga bangsa Greek, merupakan seorang lelaki berumur 77 tahun yang telah bersara. Telah membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol, di hadapan bangunan parlimen.

Menurut sepucuk surat yang ditulis sebelum dia membunuh diri, dia mencurahkan kekecewaannya di atas dasar kerajaan yang memberhentikan pemberian sara hidup yang telah diusahakannya lebih dari 35 tahun bekerja. Dia juga tidak nampak bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan mencari keperluan hidup di tong sampah untuk meneruskan survival. Oleh itu dia membunuh diri. Kisah lanjut boleh diikuti di http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-17620421

Ia menyedihkan, sekiranya dia Muslim tulen mungkin ini tidak berlaku.

Kisah-kisah menarik di bangunan parlimen. Ia benar-benar berlaku. Saya berdoa semoga Malaysia aman sejahtera!!!

Ummu Abdan

Victoria Road