Bersiar-siar melihat kebesaran Allah memang menyegarkan jiwa. Sungguh, negeri Scotland ternyata indah menawan. Bukit-bukau, pulau dan tasik yang nyaman dan indah. Syukur pada Allah mengurniakan kami sekeluarga berkelana mencari setitik ilmu di negara ini.

Perasaan sedikit geram dengan berita dari Malaysia. Rumah hasil titik peluh mak yang dibeli buat nenek dahulu ada yang ingin merebutnya. Terang lagi bersuluh semua mendengar kata-kata nenek bahawa rumah itu rumah mak. Itu rumah mak, jangan ambil hak yang bukan kamu miliki. Kenapa sebegitu tamak? Saya begitu geram dengan sebilangan jenis manusia yang hilang erti malu merebut sesuatu yang bukan haknya. Ia berita yang menggeramkan saya. Semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus buat si mereka.

Apa-pun enjoy the pictures!!!

Mama Abdain

Coplaw