Dari awal lagi sv saya tekankan, kita mesti bersedia untuk tidak mendapat keputusan eksperimen seperti yang kita mahu. Selalu terjadi keputusan tidak menjadi seperti keputusan eksperimen yang telah di’publish’. Sering juga kita akan mendapat keputusan yang betul-betul sebaliknya. Nampaknya ia terjadi kepada saya. Keputusan saya betul-betul berlawanan dengan keputusan eksperimen yang telah di’publish’ di salah sebuah journal yang berprestasi tinggi.

Maka warna saya semalam agak kelabu. Kelabu mengenangkan keputusan eksperimen. Saya fikir saya telah mengikut protokol seteliti mungkin. Setiap kali saya menekan pipet, saya akan lakukannya dengan penuh perhatian dan berhati-hati. Saya gusar sel-sel saya akan mati jika saya merawat mereka dengan kaedah yang tidak tepat. Tetapi kuasa Allah menentukan takdir untuk eksperimen kali ini. Ia tidak seperti yang saya harapkan.

Saya fikir, oh mungkin saya silap sewaktu melakukan ‘cell stimulation’, atau mungkin saya mengira kepekatan hormon yang salah, atau saya alpa ketika mem’pipet’ bahan-bahan yang diperlukan. Saya memikirkan itu salah saya, dan ini silap saya. Walaupun begitu, kelihatan sv-sv saya mempunyai daya pemikiran di luar jangka. Mereka membuka kotak minda saya untuk berfikir di luar horizon yang normal.

Mereka kata, mungkin keputusan kamu ini betul. Tidak semestinya keputusan yang telah di’publish’ itu 100% benar atau mungkin hormon itu telah mengalami degradasi atau mungkin sel kamu telah tua. Yang penting kamu yakin sepenuhnya kamu telah mengikut protokol yang telah dirancang. Tatkala saya menunjukkan keputusan eksperimen tersebut kepada salah seorang professor yang senior di sini, dia juga berkata mungkin keputusan kamu betul. Kamu mesti yakin. Wah, ia benar-benar membuka satu dimensi baru

Benar, saya perlu yakin. Belajar di sini memang betul-betul membina keyakinan diri. Mereka membina keyakinan saya. Mereka mendengar suara saya. Mereka tidak meruntuhkan sudut pandang saya dengan cara yang negatif. Mereka membina. Yang paling penting mereka mendidik saya.

Di akhir perbincangan, Scott mencadangkan supaya kami membeli dua botol hormon baru. Katanya mungkin hormon yang lama itu yang silap.

Terima kasih kerana membina keyakinan saya.

p/s : Saya pernah dimarahi dan direndahkan kerana terlalu banyak tanya di dalam kelas. Semoga hal-hal ini tidak terjadi buat anak-anak saya. Cerita Abdul Bari dan guru kelasnya akan menyusul kemudian..tunggu…

Izah

BHF