Sudah berbulan-bulan beli basikal. Tapi disebabkan bulan puasa, ‘open house’ hari raya, cuaca tidak menentu, malas dan pelbagai lagi alasan separa relevan, maka aktiviti berbasikal agak tidak konsisten. Namun, masih ada semangat kesukanan yang tinggi di dalam hati. Lebih menambah semangat kesukanan kami tatkala menonton ‘Rocket Pocket Man’ Azizul Hasni Awang mengayuh basikal di Olimpik London tempoh hari.

Apa yang bertambah seronok lagi ialah jika kita membeli basikal dan barang-barang berat yang lain secara atas talian, kita tidak perlu susah-payah mengangkut benda-benda berat sampai ke pintu rumah, apatah lagi kalau rumah itu di tingkat 3. Kalau Argos ada di Malaysia tentu seronok. Semua barang dipesan ‘online’ sahaja. Terima kasih posmen dan rakan-rakan kerana susah-payah menghantar barang ke rumah kami.

Bila nak tiba ‘winter’ tidak lama lagi ni, berganda-ganda perasaan semangat untuk berbasikal. Oh sangat bijak lagi bestari.

Balik membakar kalori terus kami singgah di kedai Subway Halal…    🙂

p/s: Terima kasih pada Wan tersayang yang memberi hadiah harijadi pada Abdul Bari, Abdul ‘Alim dan mama, merasa kami beli basikal baru…main basikal best…

Mama Abdain

Victoria Road