IMG_5905

Syukur pada Allah memberikan saya nyawa dan rezeki ke negara orang jujur. Berkunjung ke Berlin dan Hamburg membuka mata saya seluasnya. Negara German negara maju, pengeluar kereta Mercedes Benz, Volkswagen, BMW dan lain-lain jenama hebat. Rupanya bukan kereta sahaja hebat, rakyat juga berkualiti tinggi, mereka bekerja kuat dan jujur pada diri.

IMG_5834IMG_5858IMG_5889

Buat pertama kali dalam hidup saya, tiada kaunter atau laluan khas untuk memeriksa tiket keretapi. Semuanya bergantung kepada kejujuran diri sendiri. Samada kita ada tiket atau tidak, tidak ada sesiapa memeriksanya. Saya fikir mungkin hanya di Berlin atau Hamburg, jangkaan itu meleset. Ya, tiada sesiapa yang akan memeriksa tiket keretapi anda setiap kali anda menggunakan perkhidmatannya. Rupanya menurut sahabat sepengajian saya dari Frankfurt turut mengiakannya. Dia hairan mengapa perlu ada kaunter laluan untuk memeriksa tiket di UK, dia hairan dengan sistem itu, saya juga hairan dengan sistem orang German. Seperti kata Yana yang berasal dari negara German, kebanyakan pengguna keretapi akan membayar tiket, sekali-sekala akan ada pemeriksaan mengejut dari pihak pengurusan keretapi, sekali tiada tiket didenda Euro40, dua kali tiada tiket akan didakwa di mahkamah, maka menurutnya lebih baik kita membayar tiket! Itu sikap orang negara German. Saya terkesima di dalam keretapi sendirian, adakah boleh diadaptasi sistem itu di tanahair?

IMG_5956

Mereka kebanyakannya tinggi menggalah. Malah peta perhentian keretapi bukan sahaja di atas tingkap dan pintu, namun ada di bumbung keretapi. Mujur ada Merisa dan Yana, jika tidak teraba-raba kami di bumi asing itu. Tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris.

IMG_5941

Kenangan di German adalah kenangan yang berharga. Saya tidak pernah juga menemui keluarga yang sangat menghormati tetamu seperti keluarga Merissa. Mereka orang yang tinggi budi lagi mulia pekerti. Kisah mereka akan dicerita di kemudian hari.

Ummu Abdain

Glasgow University