Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Setelah sekian lama saya tidak menjejakkan kaki ke gimnasium atau melakukan aktiviti fizikal yang aktif lagi menguruskan, akhirnya saya berjumpa dengan satu aktiviti yang teramat seronok, berenang.

Saya telah berdaftar dengan Total Swimming. Baju renang muslimah telah lama tersadai di dalam almari, menunggu kalau-kalau ada kolam khas untuk wanita, lebih spesifik muslimah. Oh itu sangat sukar, kerana saya bukan di tanahair. Ini negara orang kafir.

Lega rasa hati, kelas telah bermula buat kali kedua. Kak Mazu dan Kak Zalina turut serta bersama dalam misi menyihatkan badan. Kelas pertama berjaya terapung. Kelas kedua nampak gaya ada kemajuan. Apung dan renang.

Mahal? GBP 41.85 untuk 6 sesi. Saya mengumpul duit GBP1 sehari untuk kelas renang  ini. Syukur bertemu Ashley guru Scottish yang sangat baik hati. Kelas renang ini sangat dinanti-nanti.

Mama Abdain

Coplaw Street.