mak ayah GU

Lebih 2 minggu mak ayah di sini, menemani saya dan keluarga menjalani kehidupan sehari-hari sebagai pengembara ilmu. Anak-anak sudah ada tempat bermanja alternatif. Dahulu ada wan mereka, kini nenek dan atuk pula.

lunch

Pagi tadi, saya ke dapur, saya terserempak dengan ayah, sedang mencedok nasi ke dalam bekas makanan, buat bekal saya di universiti. Air mata saya bergenang. Bagaimana untuk saya membalas jasa mak dan ayah? Sudah pasti tidak terbalas walau setitik pun.

Moga Allah masukkan mak ayah terus ke dalam syurga.

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua mak ayah, kasihilah mereka, sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecilku”.

p/s: Ya Allah, ampunkanlah dosa dan keburukanku, jadikanlah aku anak yang solehah, harta buat mak dan ayah hingga akhirat sana.

Angah

Glasgow University.