IMG_7727

IMG_7891IMG_7901

Kali ini kami sekeluarga membawa mak dan ayah berjalan ke selatan Scotland. Kali ini di daerah Galloway & Dumfries. Bersama-sama Linda dan keluarga kami bertolak dari Glasgow jam 12.30 tengahari Ahad. Cuaca sangat terang tanpa tanda mahu hujan. Cuaca tanpa hujan adalah satu nikmat di Glasgow memandangkan kebanyakan harinya dipenuhi dengan renyai hujan dan jalan yang licin dan basah.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam menaiki kereta. Kami berkunjung di sebuah ladang lembu dan juga kilang yang menghasilkan susu dan aiskrim organik.

IMG_7817IMG_7802

Terdapat lebih kurang 100 ekor lembu betina yang dipelihara di ladang ini. Lembu-lembu ini menghasilkan purata 60 liter susu setiap hari. Susu diperah menggunakan mesin berteknologi tinggi dua kali sehari. Ia hanya memerlukan seorang pekerja yang mengurus proses pemerahan 100 ekor lembu dalam masa 2-3 jam. Teknologi yang hebat, menjimatkan masa dan tenaga. Pekerja merangkap pemilik ladang ini akan dibantu oleh seekor anjing yang bijak mengawal lembu-lembu tadi. Apa yang menarik, lembu-lembu ini beratur secara tenang, tidak berebut memotong barisan malah bersabar menunggu giliran masing-masing untuk diperah susunya. Saya terfikir adakah haiwan di UK turut terkesan dengan budaya suka “beratur” manusia di sini :)   .

Kilang aiskrim

Kilang aiskrim

Susu-susu ini akan diproses, dipasteurkan dan seterusnya dibotolkan untuk pasaran susu lembu organik di sekitar UK dan 15% daripada susu tadi akan diproses untuk penghasilan aiskrim.

IMG_7920

Jujur saya katakan saya tidak pernah menikmati aiskrim sesedap aiskrim di ladang ini. Rasa yang “amat susu” dan tidak manis tetapi lazat. Saya terpikat dengan perisa “honey comb” dan “toffee”. Tambahan cuaca agak terik ketika itu menambah lagi kesedapan rasa aiskrim organik dari ladang ini.

IMG_7745

Lembu-lembu di sini dipelihara secara organik, makanannya bebas bahan GM (genetically modified) dan najisnya dikitar semula untuk penjanaan elektrik untuk digunakan di ladang dan kilang. Secara zahir proses perternakan lembu tenusu ini menarik, sihat dan tersusun.

IMG_7882IMG_7874IMG_7889

Suasana di “visitor centre” menyamankan. Ada 2 tempat untuk bermain, satu untuk kanak-kanak, dan satu lagi untuk orang dewasa. Pihak Cream O Galloway sangat memahami keperluan orang dewasa yang turut suka bermain🙂

Lizzie yang merupakan petugas pelawat membawa kami “tour” di sekitar kilang dan ladang. Rupanya anak-anak lembu yang dilahirkan daripada lembu tenusu ini akan dipisahkan dari ibu mereka setelah dilahirkan. Menurut Lizzie anak lembu ini akan menjadi sangat gemuk dan besar jika dibiarkan membesar bersama ibunya. Proses pembiakan juga saya fikir mungkin telah sedikit sebanyak menafikan fitrah seekor binatang. Dengan memilih sperma lembu jantan dari katalog, proses “artificial insemination” akan dilakukan supaya lembu betina tadi bunting. Lagipun hanya 1 ekor lembu jantan yang hidup di ladang tersebut.

Sembang petang, terfikir hak asasi lembu yang telah dinafikan peladang lembu “organik”.

Izah

ICAMS