Kekasih hatiku,

Kita bermula segala dari bawah
Berkat restu ibu dan ayah
Liku-liku itu kita sama-sama redah
Kita hadapi segalanya dengan tabah

Memegang pena tak kenal jemu
Demi mencari ilmu yang lurus itu
Dengan setiap kudrat kita mencari rezeki
Untuk bekal anak cucu serta urusan akhirat kita nanti

Segunung tahniah daripada kekasihmu ini
Dengan sempurnanya kembara sarjana pertamamu di sini
Maka bermulalah perjalanan kita hari ini
Untuk menggenggam PhD suatu masa nanti.

p/s: Tahniah buat kekasih hatiku yang telah berjaya menggenggam sarjana pertama (master) dalam bidang Hadith. Tahniah juga dengan kejayaan cemerlang peperiksaan IELTS. Saya kagum bagaimana dia mengharungi semua ini dengan kesibukannya menjaga kami, memelihara kedua-dua zuriat kami dan urusan-urusan lain di bumi Glasgow. Moga Allah memberi kejayaan cemerlang buatnya di dunia dan akhirat nanti. I am proud of you my love.

Isterimu
Ummu Abdain
Coplaw Street
130913