Pada tahun 2008, iaitu 5 tahun yang lalu, saya telah menyenaraikan beberapa target dalam hidup. Ada 9 target ke semuanya.

1) Bersedia untuk meninggal dunia.

2) Berjaya menyusukan (breastfeed) semua anak sampai ke umur 2 tahun, dan exclusive breastfeed hingga 6 bulan.

3) Berjaya mendidik anak pertama dan seterusnya hafaz 30 juzuk Al-Quran sebelum masuk sekolah rendah.

4) Berjaya mendidik anak-anak mengenal huruf Al-Quran dan abjad rumi sekurang-kurang sebelum mencecah usia 2 tahun.

5) Berjaya menempatkan diri dalam pengajian speciality, sekurang-kurangnya dalam tahun 2 pengajian.

6) Menguasai bahasa Mandarin, Kantonis dah bahasa Arab.

7) Terlibat dengan NGO/pasukan perubatan dan kemanusiaan ke negara-negara (dalam dan luar negara) sedang dilanda krisis.

8) Merancang pembinaan rumah anak yatim/ orang tua yang sistematik.

9) Memiliki simpanan/ aset / aset cair sekurang-kurangnya RM100, 000. (kalau ikut saifulnang mungkin target ni rendah, kerana saifulnang memiliki aset cair RM1 juta sebelum 27 tahun!!)

Kini pada tahun 2013, saya mengukur kembali mencermin diri, samada saya telah mencapai target-target yang disasarkan.

Dengan rendah hati, hampir 6 daripada 9 target itu telah dicapai dan ada 3 yang belum dicapai langsung akan dibawa untuk 5 tahun mendatang. Ini semua kurniaan daripada Allah, sesungguhnya saya manusia yang lemah, untuk menggerakkan kelopak mata pun tiadalah saya punya daya serta upaya kecuali dengan kuasa Allah. Ini peringatan keras buat diri saya, bukan kebanggaan yang didabikkan.

Mungkin penguasaan bahasa itu bukanlah bahasa Mandarin atau Kantonis buat masa ini, saya ubah kepada belajar dan berlatih menguasai, bahasa Hebrew. Kini saya dalam perancangan mempelajari bahasa Jerman daripada warga Jerman. Antara bahasa penting di bumi Eropah selain bahasa Perancis. Moga Allah mudahkan jalan ilmu ini.

Saya berharap untuk mencapai target pertama setiap minit dalam kehidupan. Kerana ia ubat yang sangat berkesan.

p/s: Hidup ini terlalu pendek untuk dibazirkan dengan perkara kecil lagi sia-sia.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

Nur Izah Ab. Razak

15 November 2012
United Kingdom