Saya suka warna hijau. Warna hijau menjadikan suasana lebih segar. Setelah membaca sebuah buku online berharga GBP0.00 melalui Amazon Whispernet, saya fikir saya perlu menanam sesuatu selain daun kesum. Mulanya saya rasa suhu sejuk winter akan menghalang saya bercucuk tanam, rupanya sangkaan itu tidak tepat. Terdapat banyak sayuran dan tanaman yang boleh saya mulakan walaupun di dalam rumah di musim sejuk. Antaranya ialah wheatgrass, mung bean (kacang hijau) dan sayur alfalfa. Menanam dan mencambah pokok adalah terapi yang menenangkan.

Kali ini aya akan berkongsi bagaimana menanam wheatgrass di dalam rumah menggunakan barang-barang terpakai.

D1

Biji benih wheatgrass dibeli secara online, organik. 1/3 cawan biji benih direndam 24 jam (Day 0) di dalam sebuah botol kaca recycle, beberapa titik apple cider vinegar berharga GBP0.90 dari Asda diletak di dalam rendaman biji benih bertujuan untuk mengurangkan serangan fungus putih yang boleh membantutkan percambahan biji benih.

24 jam selepas rendaman (Day 1), biji benih dipindah ke dalam sebuah mangkuk dan dibalut di dalam kertas tisu dapur, air perlu direnjis supaya ia lembab dan simpan untuk 24 jam lagi. Tiada gambar di sini.

D2.1

Selepas 24 jam (Day 2), masukkan tanah setinggi 2cm ke 3cm di dalam apa-apa bekas (saya guna bekas recycle, tray aluminium seperti dalam gambar di atas, bekas kaca dan bekas plastik coklat Ferrero Roche), taburkan biji benih yang telah bercambah, dan taburkan tanah secara rawak di atas biji benih tersebut, spray air di atasnya supaya lembab. Saya membuat homemade air semburan yang mempunyai fungsi antifungal (spesifik untuk fungus putih yang tumbuh di permukaan biji benih, bukan antifungal di tempat lain ya!), 3/4 sudu kecil soda bikarbonat ke dalam 750 ml air.

WP_001025

Day 3, saya menyembur air secara teratur dan konsisten pada waktu pagi dan malam (12 jam sekali). Biji benih semakin bercambah, akar putih memanjang. Kini serangan fungus adalah kritikal. Sembur air campuran terus ke atas biji benih yang diserang fungus putih ini.

D3.3

Day 4, sembur air teratur, pucuk semakin memanjang dan kelihatan pucuk berwarna merah hijau. Mula-mula saya takut adakah ini penyakit, namun ia adalah normal🙂

D4.3

Day 5, seperti di atas.

D5.3

Day 6, seperti di atas.

D6.3

Day 7, seperti di atas.

D8.3

Day 8, seperti di atas.

WP_001083

WP_001078

Day 9, ketinggian telah setara dengan botol penyembur. Hari ini, wheatgrass telah sedia untuk di’harvest’.

WP_001086

WP_001087

WP_001088

Pemotongan dibuat dengan gunting tajam, genggam sejumlah wheatgrass dan potong 4-5 cm dari atas permukaan tanah, wheatgrass ini akan tumbuh semula. Hasil tuaian diletakkan di dalam satu bekas dan perlu dibasuh berkali-kali supaya kotoran daripada tanah bersih.

Tutorial seterusnya berkenaan bagaimana menghasilkan jus wheatgrass.

p/s: Menanam wheatgrass mengajar saya bagaimana lajunya masa berlalu. To Along, happy birthday, may Allah bless you.

Izah
Coplaw Street