Semasa Abdul bari bersekolah di St Francis, setiap hari dia akan menangis, Abdul Bari tak suka pergi sekolah itu. Tetapi apabila Abdul Bari berpindah ke sekolah baru bersama Abdul ‘Alim, setiap pagi tidak sabar-sabar untuk hadir ke sekolah. Mereka ditempatkan di dalam kelas Singa. Guru kelas Singa sangat baik, namanya Mrs Anne. Abdul Bari dan Abdul ‘Alim sayang pada guru ini.
IMG_3347

“Adik sayang teacher Anne”

IMG_3360
“Abang pun sayang teacher Anne”

IMG_3357

Teacher Anne tidak kekok memeluk dan mendukung mereka adik-beradik. Abdul ‘Alim sringkali tertidur di pangkuan teacher Anne menjelang ketibaan Baba untuk menjemput mereka. Semoga Abdul Bari dan Abdul ‘Alim akan sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka sampai mereka dewasa kelak.

IMG_3376

Beberapa bulan lepas, sekolah Abdul Bari dan Abdul ‘Alim mengadakan hari kantin, mereka menamakannya “Winter Fayre”. Program ini bertujuan mengumpul dana untuk aktivii musim panas yang akan datang. Mereka mengadakan jualan kek, buku second hand, baju terpakai, permainan pre-loved dan yang paling mereka suka aktiviti “face painting”. Semuanya murah-murah belaka.

Semalam teacher Anne telah diberitahu bahawa Abdul Bari dan Abdul ‘Alim akan berpindah sekolah. Riak wajahnya terus bertukar mendung, tanda sedih akan berpisah dengan kedua-dua murid yang disayanginya.

Terima kasih teacher Anne, semoga kita bertemu lagi.