Tahun lepas, saya ada membeli jem strawberi berjenama Mark & Spencer. Jem bukanlah makanan kegemaran, namun tatkala saya menikmati jem ini, saya jadi jatuh hati. Jem itu tidak seperti kebanyakan jem yang lain yang seakan-akan cuma jeli manis, ditambah perasa dan pewarna bukan autentik. Jem strawberi ini punya cebisan-cebisan strawberi yang besar dan rasanya sungguh nyaman.
WP_001322

Kemudian, saya berfikir, jika saya membuat jem strawberi sendiri di rumah, makanya saya akan boleh menambah cebisan strawberi dengan lebih banyak lagi dan boleh mengawal jumlah gula di dalam jem tersebut. Maka projek membuat jem sendiri pun telah berjalan setahun yang lalu ketika musim panas.
WP_000284

Maka saya membuat penyelidikan ringkas bagaimana menghasilkan jem di rumah memandangkan harga strawberi, ceri dan blueberi adalah sangat berpatutan terutama pada musim bunga dan musim panas ini.
WP_000282

Jem buatan kilang akan menambah beberapa bahan lain selain kandungan buah yang rendah dan gula yang tinggi. Antaranya ialah pectin. Pectin adalah salah satu jenis “gelling agent” yang membolehkan jem berstruktur jeli. Pectin bukanlah merbahaya kepada kesihatan cuma pectin ini boleh terhasil secara semula jadi daripada buah seperti strawberi tadi. Maka saya fikir, pectin semulajadi itu sudah tentu lebih menyegarkan. Pectin boleh dihasilkan daripada buah (citrus terutamanya) jika ia dipanaskan di dalam periuk dengan api yang kecil.
WP_000298-1

Maka projek membuat jem bermula. Imbangan buah kepada gula adalah +/- 70:30, dan perahan lemon akan membantu jem tahan lebih lama. Jem saya malah tahan lebih daripada 8 bulan, dengan syarat ia disimpan di dalam peti sejuk dan jar yang digunakan hendaklah disteril terlebih dahulu (jar kaca dibakar di dalam oven untuk 20 minit dengan kepanasan 200 darjah celcius).
WP_001324

WP_000292
Masalahnya, setelah saya membuat jem sendiri di rumah, saya tidak boleh menerima jem di pasaraya. ini parah ;P

Mama Abdain
Govanhill