Sudah tujuh tahun rupanya dia menjadi teman pengembaraan saya. Jasanya hanya Allah yang tahu. Sejak dahulu lagi, sebelum saya tahu dia akan menjadi suami saya, saya berazam untuk menjadi isteri yang solehah. Tapi banyak lagi saya perlu baiki, moga-moga hari mendatang akan menjadikan saya lebih solehah daripada hari ini. Terima kasih pada dia yang tidak jemu mendidik dan menyayangi saya dalam pengembaraan hidup yang sementara ini. Bagi saya dia adalah dunia saya. Masa terlalu pantas berlalu, saya tidak tahu berapa lama lagi Allah akan memberikan pinjam dia buat saya di dunia ini.

Saya ada buat sajak untuk suami sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7.

Ya Tuhan,
Terima kasih kerana memberi pinjam dia,
Untuk pengembaraan hidup yang sementara,
Moga dipanjangkan lagi pinjaman ini,
Hingga ke akhirat nanti.

Ya Tuhan,
Jadikanlah aku ini manusia yang sedar,
Sedar bahawa masa semakin beredar,
Supaya aku bersiap sedia,
Untuk melangkah ke alam sana.

Sesungguhnya saya mencintai dirinya. Happy 7th anniversary.

Nur Izah
GCRC