IMG_3740 (1)
Menghadiri konferens adalah rutin bagi setiap pelajar pascasiswazah. Peluang untuk membentang sesuatu topik adalah ibarat emas yang akan menyediakan diri sebagai ahli akademik kelak. Di dalam konferens kali ini, saya telah mendapat Travel Award/ Sponsorship daripada pihak penganjur, mereka menaja makan minum, tempat tinggal dan pengangkutan sepanjang saya berada di sana. Sandwich merupakan makanan utama yang disediakan pihak penganjur, betapa saya rindu makanan di Malaysia ketika itu.

IMG_3733

Saya teringat lagi ketika di tahun satu PhD, saya tidak tahu pun menggunakan Microsoft 2010, bukan itu sahaja, banyak perkara yang saya tidak tahu ketika itu padahal ia perkara fundamental dalam pengajian. Namun saya tabahkan hati, ringankan kaki ke universiti, tebalkan tekad bahawa manusia itu boleh menjadi lebih baik jika dia berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengambil peluang mengoptimumkan makmal yang serba canggih dan lengkap di sini dengan seboleh mungkin. Banyak kajian in vitro saya menemui jalan buntu. Namun ia adalah lumrah hidup sebagai pengkaji di makmal. Menjadi pelajar PhD banyak menyedarkan saya bahawa ilmu yang saya timba ini tersangat kecil.

Pergi ke konferens kali ini membolehkan saya bertemu secara terus dengan nama-nama besar dalam bidang Endocrinology. Konsultan-konsultan dan saintis tersohor turut membentangkan hasil ujikaji mereka. Ia adalah nikmat yang tidak terungkap.

Syukur pada Allah, saya terpilih memenangi anugerah Young Investigator Award di British Endocrine Society Meeting. Mereka sangat menghargai usaha pengkaji junior seperti saya. Ia adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Moga ini menjadi pemangkin untuk saya berusaha keras di masa akan datang.

Jumpa lagi di Padua.

p/s: Terima kasih baba dan anak-anak yang menemani mama di universiti hingga larut malam. Ini liku-liku yang perlu kita tempoh sepanjang pengembaraan akademik kali ini. Moga Allah mudahkan jalan ini.

Izah
GCRC