WP_001450
Kini Abdul Bari telah memasuki alam sekolah rendah. Di usia 5 tahun, dia telah bersekolah,di tingkat ‘primary one’. Abdul Bari baru berpindah sekolah, sekolah yang hampir dengan pejabat saya di universiti. Jika sekolah lamanya dulu, sahabatnya ramai dari Malaysia, kini tiada lagi kawan-kawan Malaysia yang bersama bermain-main. Abdul Bari selalu menyebut nama kawan-kawannya tanda rindu. Moga mereka berjumpa lagi di lain waktu. Maka Abdul Bari harus perlu cepat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru.

Abang Award
abg school

Terlalu cepat masa berlalu, di mana saya rasa dia baru belajar meniarap di atas katil di Keramat beberapa tahun yang lalu. Dia sudah besar, dia menjaga barang-barang miliknya dengan tekun, menyusun barang mainan di ‘rumah’nya di celah pintu, bersifat protektif dan bertanggungjawab sebagai seorang abang. Dia suka menjaga perihal adiknya hingga adakalanya adiknya rimas. Banyak kali juga dia menegur adiknya kerana tidak menyusun selipar, atau tidak menyimpan scooter atau menghilangkan barang mainan. Dia juga seorang yang pembersih, suka kekemasan dan sentiasa mengelap mulutnya dengan tuala ketika makan. Abdul Bari juga seorang yang tegas lagi garang dan penuh dengan keyakinan.
IMG_4659

WP_001598

Abdul Bari dan adiknya juga kerapkali memberi saya bunga, samada bunga itu dipetik di laman rumah atau bunga yang dijumpai ketika kami berjalan-jalan. Hati saya berbunga dengan gelagat anak-anak kesayangan. Mungkin tanda-tanda awal lelaki romantik lagi imamul muttaqin? Amin.

WP_001618

Berbalik kepada topik perihal baju sekolah, saya dan suami berasa teruja membeli pakaian seragam sekolah untuknya. Kami perlu membeli ‘jumper’, t-shirt, baju kemeja, seluar dan stoking serta tali leher warna tema sekolahnya. Kami menuju ke ASDA, sebuah pasaraya besar yang menyediakan segalam macam barangan, antara pesaing utama TESCO.

school jumper

Saya terperanjat dengan harga baju sekolah yang sangat mampu milik. Kami membeli sewaktu jualan murah, maka harga harga yang dipapar dalam gambar lebih tinggi sedikit berbanding musim ‘sale’. Harga sehelai ‘jumper’ ialah £2, sehelai baju T £1.50, sehelai baju kemeja £1.75 dan sehelai seluar £3.50. Maka kami mengambil keputusan membeli beberapa set baju dan seluar supaya mudah apabila sesi sekolah bermula nanti. Jumlah perbelanjaan kami hari itu hanya £30 untuk beberapa set lengkap baju sekolah Abdul Bari.

Betapa harga baju sekolah ini sangat mampu milik berbanding pendapatan, dan saya fikir tiada alasan murid-murid di sini untuk tidak ke sekolah kerana tiada baju, kerana harga baju di sini sangat-sangat berpatutan. Doa buat anak-anak yang bersekolah di Malaysia, khusus mereka terlibat musibah banjir, moga Allah ringankan segalanya.

p/s: Kami beli juga satu set baju ‘sekolah’ untuk adik, supaya adik tidak merajuk🙂

Mama anak bersekolah,
Ummu Abdain.
Partick