IMG_4994

Setelah selesai misi saya menghadiri konferens di University of Padova Itali, kami sekeluarga bergerak ke beberapa lagi negeri di negara Itali, termasuk kota tamadun Roman, Rome. Rome merupakan kota yang kaya dengan sejarah dan masih terdapat banyak artifak dan bangunan yang lama yang masih utuh binaan di kota ini termasuk Colosseum. Walaupun begitu, rupanya di utara kota ini juga terdapat sebuah masjid yang merupakan masjid terbesar di Eropah. Ia berdiri teguh di dalam kawasan seluas 320,000 kaki per segi. Sejarah masjid ini bermula pada tahun 1974, di mana seorang keluarga di raja Afghanistan yang berada di dalam buangan yang tinggal di Italy telah memulakan langkah mengusahakan penubuhan sebuah masjid di Itali. Pihak berwajib Itali, Roman City Council telah memberi sebidang tanah khas untuk projek pembinaan masjid untuk masyarakat Islam di sana dan kemudian projek pembinaan ini telah diteruskan dan didanai oleh kerajaan Arab Saudi dengan sokongan beberapa negara Islam yang lain.

IMG_4996

Masjid ini boleh menampung sehingga 12,000 orang pada satu-satu masa. Pada awal penubuhan masjid ini, dikatakan bahawa ia telah mendapat tentangan daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun setelah beberapa ketika penubuhannya, ia mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar. Masjid ini mempunyai banyak fasiliti termasuk kemudahan WIFI percuma, kemudahan parking yang luas dan mereka turut mempunyai sebuah bangunan yang bersambung di dalam masjid yang berfungsi sebagai pusat pengajian. Terdapat bilik-bilik tutorial yang lengkap dengan peralatan mengajar di dalamnya. Tandas masjid ini juga sangat luas dan bersih. Pada waktu itu, saya sebagai musafir berasa alangkah baik jika masjid yang luas ini dioptimumkan sepenuhnya, mungkin dengan membuka hotel untuk penginapan sebagai contoh. Bukan sahaja membantu para musafir malah dapat menjana kewangan untuk kegunaan masjid.

IMG_5005
Kami tiba pada hari bekerja, maka ruang utama solat ditutup dan hanya dibuka pada waktu solat Jumaat. Kami bersolat di sebuah ruang khas yang tidak kurang besar dan selesa.
IMG_5017
IMG_5010

IMG_5016

IMG_5011

IMG_5013

IMG_5019IMG_5023

Dalam perjalanan pulang, kami bertemu dengan sekumpulan rahib yang memakai penutup di kepala di dalam gerabak. Pakaian mereka tertutup dan mereka kelihatan sopan. Kota Vatican yang merupakan pusat pembelajaran Kristian Katolik berada di dalam kota Rome, maka tidak hairanlah jika selalu terserempak dengan paderi dan rahib. Makanya, bukan saya sahaja yang menutup kepala di dalam keretapi pada hari itu. Doa buat Paksu Mad dan Maksu Fatimah yang kini sedang mengembara di Itali dan beberapa negara Eropah yang lain, moga diberi keselamatan dan mendapat ibrah yang tidak ternilai bermusafir di negara ini. Pasca serangan Charlie Hebdo, berhati-hatilah adik-adikku yang tersayang.

P/s: Abdul Bari telah mula berbincang soal triniti dengan mama, maka mama perlu mempersiapkan diri untuk soalan mencabar anakku ini.

Mama Abdain
Partick