Semalam presentation terakhir saya di institut sebagai pelajar PhD. Hari ini saya mengalami post-presentation blues. Rasa down dan sedih kerana ia bukan persembahan yang terbaik. Banyak kekurangan yang perlu ditampung dan diperbaiki lagi. Rupanya luka di atas jalan menuntut ilmu ini bukan sedikit, ia pedih dan memilukan.

Namun, nikmat Allah itu tidak terhitung. Prof Eleanor memberitahu bahawa abstrak saya di konferens minggu hadapan diberi markah yang tinggi. Ia sedikit sebanyak mengubati luka di hati ini.

Kata-kata yang paling menenangkan dari kekasih hati, “Semoga luka-luka ini menjadi ganti luka di dalam peperangan”. Ya, saya tidak berperang mengangkat senjata, tetapi saya berperang menuntut ilmu Allah yang luas ini, moga Allah menerima amal saya yang sedikit ini.

Luka-luka dalam pengembaraan ini, ia akan sembuh, ia akan sembuh. Moga Allah permudahkan.

Dr Izah

GCRC