image

Di Glasgow, banyak tempat makan yang halal. Jika teringin makan ala-ala gerai di Malaysia i.e nasi goreng atau mee goreng, boleh cuba makan di Wokway di Sauchiehall Street. Ada diskaun dari pukul 11 hingga ?4 petang. Ada perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah juga. Boleh dapat diskaun juga jika ada kad pelajar🙂

image

image

image

Pilih jenis mee atau nasi, kemudian buat pilihan ayam, daging, udang atau itik dan pilih sos kesukaan i.e sos pedas, sos teriyaki, sos masam manis dan sebagainya. Meraka akan menggoreng pilihan kita tadi dengan telur dan sayur-sayuran. Boleh cuba sos pedas + sos kacang oriental…memang terangkat😉

Belajar selalu lapar,
Mama Abdain.