Beberapa hari lepas sudah bermula cuti sekolah, sempena cuti hari Natal dan cuti tahun baru. Saya makin tenggelam dengan dunia menulis tesis. Sudah beberapa ketika meninggalkan aktiviti masyarakat setempat, juga aktiviti menjual barang-barang UK ke tanahair. Saya perlu menyudahkan Phd ini menjelang awal tahun hadapan. Mak ayah, keluarga dan pembaca blog, mohon doa daripada kalian.

image

Mungkin cuti sekolah panjang di musim sejuk ini membosankan bagi anak-anak lelaki saya yang kian membesar dan lasak. Anak- anak tidak dapat keluar ke taman seperti hari-hari di musim panas. Mujur kehadiran ibu saudara mereka, Dr Safiah bersama keluarganya mengubat rasa rindu dengan keluarga di tanahair. Abdul Bari dan Abdul ‘Alim gembira tidak terkata dengan kehadiran sepupu-sepupu mereka.

Dua hari lalu, secara tiba-tiba Abdul Bari dan Abdul ‘Alim mengumpulkan beberapa barangan mainan mereka ke ruang tamu, kata Abdul Bari,
“Mama, abang nak jual toys ni”

“Adik pun nak jual, ni semua toys baby”
Tambah Abdul ‘Alim dengan semangat.

Saya terkesima (dan tak percaya), mereka sudah ada ciri-ciri awal berniaga.

“Ok, this is awesome, abang adik kumpulkan semua mainan yang nak dijual, tangkap gambar guna handset mama, nanti mama iklankan, berapa harga nak letak?”
Saya cuba berbincang tentang bisnes dengan anak-anak, kelakar juga rasa.

“Maybe 20 pence?”
Cadang si adik.

“Dapat duit jual nanti nak buat apa?”
Tanya saya.

“Kita simpan duit dalam tabung lepas tu kita beli toys lain”
Abang memberi idea.

Mereka lantas mencapai kamera telefon bimbit saya dan mengambil gambar. Semua gambar ini hasil bidikan mereka adik-beradik.

image

image

image

image

image

Anak memberi idea untuk berniaga dan menyimpan duit. Mamanya terharu sambil lompat bintang tanda gembira!!!

image

Tabung-tabung mereka telah sedia menunggu untuk diisi. Moga tabiat menyimpan duit ini (dan berniaga!!! Hopefully) akan menjadi amalan mereka di kemudian hari, kerana saya percaya dengan peribahasa ini “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”.

Mama yang suka suruh simpan duit,
Ummu Abdain
Partick