Pada 6 Ogos 1945, tepat jam 8.15 pagi, Hiroshima telah diledakkan dengan bom atom oleh tentera Amerika bernama Paul Tibbets yang memandu pesawat tentera B-29 Enola Gay.

Penduduk Hiroshima ketika itu dianggarkan seramai 350,000 orang.

Bom atom ini meletup 600 meter dari permukaan kawasan Hospital Shima (hypocentre) yang menyebabkan suhu meningkat ke 3000 ke 4000 darjah celcius yang seterusnya mengorbankan ribuan warga Hiroshima sekelip mata.

Hingga ke akhir tahun 1945, jumlah kematian akibat bom ini mencecah 140000 manusia. Ia adalah tragedi yang mengerikan dan sangat menyayat hati.

Ketika saya menjejakkan kaki ke bumi Hiroshima tempohari, saya tertanya, adakah wujud rakyat dari Tanah Melayu ketika pengeboman ini berlaku?

Setelah berkunjung ke Hiroshima Peace Memorial Museum, ternyata benar, ada warga Malaya yang berada di sini pada tarikh pengeboman tersebut.

Terdapat 4 rakyat Tanah Melayu @ Malaya (kini Malaysia) telah menjadi mangsa pengeboman ini:
1) Abdul Razak Bin Abdul Hamid (19 tahun) – satu-satunya mangsa dari Tanah Melayu yang terselamat dan berjaya pulang ke tanahair.
2) Syed Omar bin Mohamed Alsagoff (17 tahun) – meninggal dunia di Kyoto ketika mahu pulang ke Tanah Melayu melalui Tokyo, kematian adalah disebabkan komplikasi bom atom dan radiasi.
3) Nik Yusof bin Nik Ali (17 tahun) – meninggal dunia pada waktu pengeboman.

4) Syed Mansor/ Syed Mansoor – mangsa hidup sehingga berusia 24 tahun. Meninggal akibat jangkitan tuberculosis.

Ke semua mereka merupakan pelajar dari Malaya yang terpilih untuk belajar di institusi pengajian tinggi di Hiroshima yang kini dikenali sebagai Universiti Hiroshima.

P/s: warga Hiroshima berkata, biarlah mereka sahaja yang menjadi mangsa terakhir bom di dalam perang, mereka melaungkan slogan No More Hiroshima. Saya lantas terbayang pengeboman bertalu-talu di bumi Palestine, ini adalah 2 atau 3 kali ganda Hiroshima? 😭😭😭