Hari Kantin PPM 2009 ini dianjurkan oleh Perpustakaan Pelajar Malaysia-Madinah @ PPM pada hari Khamis 26/3/2009. Kejap sahaja dah akhir bulan Mac, maknanya dah tak berapa lagi sahaja nak pulang ke Malaysia. Bincang-bincang dengan dear hubby kami nak jual nasi ayam dan air kacang soya untuk hari kantin ni. Bisnes lagi..hihihi. Tapi bukan nak untung pun, nak happy happy je join program ni. Dapat juga student-student Malaysia kat sini makan makanan Malaysia sekali-sekala, tapi ustaz Fawwaz bertuah dapat makan hari-hari kan? hehehe.
Kali ni nak bagi variety sikit nasi ayam so dear hubby cadang buat 3 jenis. Nasi Ayam Lemon (ni paling cepat sold out, tak tau lah apa yang speselnya), Nasi Ayam Sambal Madu dan Nasi Ayam Kicap Madu. Cakap tentang nasi ayam ni teringat nasi ayam jual kat hospital Ipoh dulu, mashaAllah punyalah sedap sampai saya pergi dengan muka tak malunya minta resepi dan belajar satu-satu dengan akak jual nasi ayam yang baik itu. Tekniu kak..
Mak keramat call, dia risau saya tak larat nak masak banyak-banyak ni sementelah tengah sarat macam ni. Hihihi..masak untuk lebih kurang 40 set. Naseb baik ada pembantu chef nama dia Ustaz Fawwaz. Senang sangat lah kerja nak masak-masak ni, anyway I enjoy cooking so much walaupun rasa makanan tu ntahlah. Semakin besar perut ni, saya rasa saya semakin aktif pula buat macam-macam aktiviti, syukur pada Allah.
Terima kasih kepada mantan exco kebajikan @ Ustaz Asri atau lebih dikenali sebagai exco kebajikan antarabangsa..hihihi…kerana dengan murah hati membantu tokei kedai layan cutomer. Semoga Allah balas jasa Ustaz Asri. Terima kasih juga pada semua customer kerana melicinkan nasi ayam kami. Gerai-gerai lain ada jual nasi tomato (gerai ina n suami), laksa, mee hoon sup dan roti ala roti john. Tak banyak gerai pun, ye lah berapa kerat saja kami orang Malaysia di sini. Nak beli makanan kene pakai kupon.
Lain kali PPM bolehlah anjurkan lagi program food-base macam ini..kenyang alhamdulillah.
p/s: soya homemade pun ada orang minta jual dalam botol…layaaan..hihi..nyesal lak buang botol2 kaca hari tu…kalo tak boleh jual banyak-bayak lagi..sesiapa nak order boleh order air kacang soya homemade ni..made by order. Order kat tokei as usual..hihihi..Hai, dah lama saya tak tulis artikel medical ni, ada banyak tapi saya tak publish lagi..
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
Nur Izah Ab. Razak
30 Rabi’ul Awal 1430@ 27 MAC 2009
Madinah Al-Munawwarah.