salah satu cara tradisi lampin kain dilipat

salah satu cara tradisi lampin kain dilipat

Dulu-dulu masa saya kecil, mak memang gunakan lampin kain @ cloth diapers (CD) untuk saya dan along. Masa itu emak menggunakan lampin kain berwarna putih yang dibentuk menjadi bentuk khas untuk dipakaikan pada kami dengan menggunakan pin lampin. Kemudian mak akan membalut kain lampin itu dengan sejenis plastik khas untuk mengelakkan urine leaking. Penggunaan lampai pakai buang @ disposable diapers (DD) mak mula gunakan sikit-sikit masa zaman adik sebab masa tu trend menggunakan DD tak meluas lagi, tambahan pula harganya lebih tinggi. Namun zaman anak buah saya, Adam, 100% penggunaan DD dipakai.

Saya masih lagi mencari maklumat tentang pro dan kontra memakai CD. Terjumpa dengan satu blog kepunyaan Ummu Zulfa yang merupakan super-duper senior saya membuatkan saya terfikir kembali tentang kepentingan memakai CD untuk bayi saya  yang bakal lahir nanti. Ummu Zulfa @ Dr. Faridah merupakan seorang doktor pakar yang kini berkhidmat dengan HUKM banyak memberi inspirasi tentang peri-penting menggunakan CD dan saya begitu suka membaca tentang perjuangan beliau mempraktiskan pemberian susu ibu kepada anak-anaknya di sebalik kesibukan beliau sebagai seorang doktor pakar. Memang memberi inspirasi dan contoh untuk saya berbuat hal yang sama untuk anak-anak saya pula.

Kini, di Malaysia penggunaan CD sedikit demi sedikit telah mula menapak di hati ibu-ibu walaupun ia memakan masa. Namun trend pnggunaan CD semakin hari semakin meningkat. Pada mulanya saya berpandangan pemakaian CD ini sangat leceh, membazir masa, tidak praktikal, kotor, berbau busuk, tidak kemas dan smart untuk bayi saya nanti. Tambahan pula bila saya surf di internet, harga CD sememangnya mahal sekitar RM60-RM100 malah ada yang lebih mahal mengikut jenis CD. Lebih baik saya gunakan DD yang puratanya hanya menelan kos RM0.50-RM1.00 untuk setiap satunya, tambahan pula kini banyak jenama yang bagus dan daya serapannya begitu tinggi yang akan membuatkan bayi saya selesa, dan saya juga tidak perlu messy untuk menyelenggarakannya, hanya pakai dan buang. Cuma saya terfikir tentang kesan jangka panjang penggunaan DD jika saya memilih untuk menggunakannya sampai anak ke tujuh nanti..hehehe

Ok, jom kita compare pro dan kons CD dan DD:

contoh cloth diapers

contoh cloth diapers yang cantik dan menarik

contoh pocket diapers

contoh cloth diaper jenis POCKET yang memerlukan SOAKER/INSERT

Cloth diaper @ CD

Kebaikan

  • Lebih sihat untuk bayi (akan dibincangkan secara detail kemudian)
  • Lebih murah untuk jangka masa panjang (akan dibincangkan secara detail kemudian)
  • Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
  • Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 2 tahun (3kg-16kg berat bayi)
  • Penggunaan CD terutama jenis ALL IN ONE (AIO) adalah sama praktikal dengan DD
  • Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh dan boleh dikeringkan dengan dryer atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
  • Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
  • Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
  • Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)

Keburukan

  • Memerlukan penyelenggaraan yang konsisten dan rajin
  • Kos yang tinggi dipermulaan pembelian
  • Tidak se praktikal DD jika menggunakan CD kecuali jenis ALL IN ONE (AIO)  (jenis CD lain seperti POCKET atau FITTED memerlukan helaian kain lain sebagai INSERT, SOAKER, BOOSTER, LINER, COVER etc mengikut jenis CD)
  • Boleh rosak dan berbau jika di cuci dengan bleach, terlebih serbuk sabun basuh atau cara pengeringan yang tidak sempurna.
  • Tidak mudah didapati di mana-mana pasaraya kerana pasaran belum meluas
disposable diaper

disposable diaper

contoh disposable baby diaper

contoh disposable baby diaper dari bahagian dalam

Disposable Diaper @ DD

Kebaikan

  • Praktikal untuk ibu-bapa/carers kerana DD lebih mudah diguna dan diuruskan
  • Harga yang murah di pasaran (ada yang semurah RM0.30 sekeping jika kene pada waktu sale)
  • Penyerapan yang bagus dan jarang leaking jika menggunakan jenama yang baik
  • Senang di dapati di mana-mana sahaja even di kedai yang kecil di tengah padang pasir

Keburukan

  • Tidak sihat untuk bayi terutama jika ada masalah kulit yang sensitif
  • Pencemaran alam sekitar yang melampau jika semua manusia menggunakan DD secara berterusan
  • Kos yang tinggi untuk membeli DD untuk jangkamasa panjang
  • Saiz DD tidak boleh diubahsuai seperti CD jenis ALL SIZE
  • Tidak boleh dijual semula kerana setelah pakai ianya tiada nilai lagi

Ok, sebenarnya banyak lagi yang saya tak terfikir nak tulis di sini, jika ada pembaca blog ini yang sudi berkongsi pengalaman anda menggunakan CD atau DD, amat di alu-alukan untuk berkongsi pandangan..

p/s: saya akan cuba menulis secara ringkas tentang jenis-jenis cloth diapers (CD) yang terdapat di pasaran untuk posting-posting akan datang…GO GREEN TO SAVE OUR WORLD..

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Nur Izah Ab. Razak

5 Rabi’ul Awal 1430@ 2 MAC 2009

Madinah Al-Munawwarah.